Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

500 Belia Daftar Sebagai Ikon

By 22 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Sharman a/l Subramaniam (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 22 Mac (Malaysiaaaktif) – Seramai 500 belia telah mendaftar untuk menjadi ikon dalam membantu menjayakan program Majlis Pelancaran Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Kuala Selangor semalam.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika merasmikan majlis tersebut, teras utama program yang bermula sejak 2009 ini adalah bagi membantu kaum bumiputera yang miskin dan daif untuk  mendapatkan pendidikan.

Program ini telah berjaya membantu 35 ribu pelajar miskin termasuk golongan orang asli sejak dimulakan.

“Program seperti ini sepatutnya menjadi sebagai Deklarasi Rakyat dalam membantu rakyat” ujar beliau.

Perdana Menteri juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak tiga juta ringgit bagi membaik pulih sistem pendawaian sekolah-sekolah di Kuala Selangor. Turut diumumkan pembinaan Rural Transformation Centre (RTC) peringkat Kuala Selangor serta Kolej Komuniti dan Hospital UITM di Kuala Selangor.

Sementara itu, dalam majlis yang sama Pendana Menteri telah menjadi saksi dalam majlis menandatangani oleh 10 rakan strategik bersama program ini iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknikal Kuala Lumpur (UniKL), Politeknik, Kolej Komuniti, Giat Mara, Kolej Polytech Mara (KPTM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).

Perdana Menteri turut membuat pelepasan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera Tahun 2016.

 

Tinggalkan komen anda