Skip to main content
Berita TempatanSabah

AFA Libatkan 20 221 Premis di Kota Belud

By 28 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh:  Muhammad Khairul Azad Yunus & Johny George Kimlon (Kota Belud)

KOTA BELUD, 27 Mac 2016 (Malaysiaktif) –? Pos Malaysia melancarkan Projek Alamat untuk Semua (AFA) yang akan melibatkan 20,221 premis meliputi 191 buah kampung di daerah ini.

Projek tersebut merupakan sebahagian daripada Pelan Transformasi Pos Sabah dan Sarawak Siri 3 (PTPSS) serta mendapat sokongan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, alamat yang lengkap akan memastikan segala usaha bantuan untuk rakyat dari segi komunikasi fizikal, sosioekonomi, keselamatan, kemudahan, usaha pengurusan kecemasan dan bantuan bencana dapat disalurkan dengan lebih berkesan.

“Projek AFA ini akan berupaya membantu dalam meningkatkan taraf hidup kerana aspek kebolehcapaian bukan lagi menjadi satu permasalahan apabila projek ini bermula.

“Projek yang bermula pada 2015 ini akan memastikan semua premis lengkap dengan alamat menjelang 2020,” katanya.

Tambahnya, Projek AFA dikemudi oleh satu pasukan yang menjalankan pengumpulan data menerusi Geographical Positioning System (GPS) untuk menentukan lokasi setiap premis dan seterusnya menyarankan penetapan alamat rasmi hasil rundingan bersama wakil penduduk kampung.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said di Dewan Kampung Pirasan, Sabtu lalu.Perasmian dan Penyampian Sijil  (3)

Pada majlis tersebut, Pos Komuniti Berkuda juga dilancarkan dan pihak Malaysia Book of Record (MBR) turut mengiktirif pos tersebut sebagai Pos Komuniti Berkuda Pertama di Malaysia.

Dalam pada itu, Salleh turut berkesempatan merasmikan kenderaan Pos On Wheels (POW) atau Pejabat Pos Bergerak untuk Daerah Kota Belud.

Perkhidmatan itu meliputi Kampung Sembirai, Kulambai, Butong atau Tempasuk, Taun Gusi, Rampaian dan Taginambor.

Turut hadir Pengerusi SKMM, Dato Sri Dr. Halim Shafie dan Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam.

 

Tinggalkan komen anda