Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kejayaan Wanita, Kejayaan Negara

By 28 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

  Oleh: Zuraidah Ahmad & Johny George Kimlon (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 28 Mac (Malaysiaktif) –? Kejayaan golongan wanita merupakan kejayaan sesebuah masyarakat dan kejayaan negara secara keseluruhan.

Pengerusi Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita (IKSnita) Sabah, Dayang Khatijah Datu Bactiyal berkata kejayaan wanita menjadi inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan belia.

“Seorang wanita yang berjaya mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain dan golongan belia yang mula berkecimpung dalam bidang perniagaan.

“Golongan hawa kini dilihat mampu menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan sosial menerusi kejayaan dalam bidang yang diceburi oleh mereka.

“Antaranya ialah penglibatan mereka yang semakin ramai dalam industri gas, perbankan, pelancongan, pendidikan, sektor korporat dan perniagaan.

“Inilah hasrat murni IKSnita untuk membantu golongan usahawan wanita untuk  mengecap kejayaan bersama-sama,” jelas Dayang Khatijah.

Beliau berkata kepada media pada Majlis Makan Malam IKSnita Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016 di sini, Jumaat lalu.

Majlis tersebut disempurnakan Yang di-Pertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Sabah (BAKISA), Datin Seri Panglima Hajah Faridah Tussin.

Pada majlis itu, Faridah menyampaikan Anugerah Ikon Wanita Inspirasi kepada Datin Dr Tarsiah Tz Taman, Julita Ontol, Siti Bahaya OKK Damsal, Fauziah Abu Bakar Titingan dan Dr Dayang Aminah Ali.

Turut disampaikan, Anugerah Ikon Usahawan Wanita kepada Norehan Rahim, Justina Dusing, Noorziah Terkini, Marjani Jailani dan Norzehan Kalibar.

Manakala, Ikon Perniagaan dalam Talian pula dianugerahkan kepada Nur Sufeena Sharmela Mohamad Khanafeh, Noramylia Halil dan Tairiah Abdullah Sani.

 

Tinggalkan komen anda