Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Amalkan Rukun Negara, Atasi Gejala 5S

By 31 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Haji Ramly Yusoff (Putrajaya) / Foto: Wira Ismail

DUNGUN, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Gejala 5S iaitu smoke, sport, sex, sing dan style yang melanda Gen Y kini akan dapat ditangani secara berkesan oleh generasi muda di Malaysia sekiranya amalan Rukun Negara, khasnya kepercayaan kepada tuhan dijadikan perisai bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam gejala sosial yang negatif.

Demikian kata Pensyarah Kanan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun, Zulkifli Menong yang bertindak sebagai moderator program “Apa Kata Gen Y” yang berlangsung di Dewan Dagang PSMZA, Selasa lepas.

Sementara itu, ahli panel forum terdiri terdiri daripada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar PSMZA, Naim Asraf Che Mazlan, serta Ahli Majlis Perwakilan Pelajar PSMZA iatu Fatinathirah Mohamad, Mohd Amirul Amin dan Mohd Norazmi Aziz.

Mereka bersetuju dengan pandangan Zulkifli kerana agama merupakan amalan nilai murni yang amat berkesan dalam membentuk keupayaan Gen Y untuk mewarisi kepimpinan dan kelangsungan negara ini daripada golongani dewasa.

Sambil menyifatkan Gen Y mempunyai penghayatan yang berlainan untuk mengamalkan budaya patriotisme, ahli panel pertama Naim berpendapat Gen Y yang tidak merasai penderitaan hidup dalam zaman penjajahan seperti generasi dewasa perlu didedahkan dengan nilai-nilai patriotisme  Malaysia melalui sejarah negara.

Terdahulu, Pengarah PSMZA Dungun, Lt Kol Bersekutu (PA) Haji Mohd Pauzi Ibrahim, menyeru supaya amalan patriotisme dihayati secara tepat oleh Gen Y yang menyumbang 50 peratus dominasi tenaga kerja dan merupakan 21 peratus daripada 30 juta orang warganegara Malaysia kini.

Tambahnya, Gen Y yang gemar menggunakan media sosial dalam kehidupan perlu mendapatkan maklumat supaya menggunakan kemampuan intektual yang dimiliki mereka untuk lebih patriotik sebagai pewaris negara pada masa akan datang.

Forum “Patriotisme –  Apa Kata Gen Y” yang dianjurkan oleh Bahagian Geraksaraf dan Pengurusan Isu, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan kerjasama PSMZA Dungun, Terengganu ini dirasmikan oleh Haji Hashim Bedu, Pengarah GSPI mewakili Ketua Pengarah JaPen.

Haji Hashim Bedu menyeru supaya Gen Y mempertahankan jati diri dan mengamalkan patriotisme yang diwarisi melalui sejarah kemerdekaan Malaysia. Hala tuju dan dasar transformasi negara bagi mencapai Wawasan 2020 akan lebih berjaya sekiranya amalan patriotisme Gen Y tidak luntur dengan ancaman globalisasi dunia tanpa sempadan kini.

Seramai lebih 1000 pelajar dan jemputan serta tenaga pengajar PSMZA, Dungun hadir memenuhi dewan bagi menjayakan forum berkenaan.

 

Tinggalkan komen anda