Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

DUN Sarawak Bubar 11 April-Adenan

By 31 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini.

Menurut Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Hj. Satem tarikh tersebut telah dipersetujui Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Tambahnya, Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar akan mengeluarkan surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pembubaran DUN.

Sementara itu, SPR akan menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Adenan ditemui dalam sidang media khas di Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia sebentar tadi.

 

Tinggalkan komen anda