Skip to main content
Berita TempatanHome

Belia India Mampu Tingkat Potensi Kerjaya Bidang Profesional

By 12 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Azri Β Zainal Abidin & Saharuddin Othman (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memperluaskan kumpulan bakat kejuruteraan tempatan, terutamanya dalam kalangan belia India di Malaysia, Yayasan New Affirmative Action Movement (NAAM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Institut Jurutera Malaysia (IEM) hari ini menganjurkan Program β€œRoute to Ir.”

Program yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kementerian Belia dan Sukan ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengasas Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) Datuk M. Saravanan,.

Program pertama kali seumpamanya yang pernah dianjurkan ini, memberikan tumpuan kepada pelajar dan graduan berketurunan India dalam jurusan kejuruteraan. Antara pengisian program yang dihadiri kira-kira 150 pelajar dan graduan kejuruteraan ini termasuk ceramah dan pembentangan kertas tentang manfaat, keperluan dan proses mendapatkan gelaran Jurutera Profesional atau β€œIr” oleh Penceramah daripada IEM Ir. Dr. Cheong Thiam Fook.

Pelajar-pelajar yang hadir antaranya mengikuti kursus kejuruteraan di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UKM) dan universiti-universiti swasta sekitar Lembah Klang.

Dalam ucapannya, Saravanan berkata sebahagian besar anak muda berketurunan India tidak berupaya merebut peluang kerjaya lebih baik kerana kelayakan tidak mencukupi untuk mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang bersesuaian.

β€œJadi, peluang semasa penganjuran program sebegini merupakan pemangkin semangat untuk mereka melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi supaya mampu mendapatkan kerjaya dalam bidang profesional,” ujar beliau lagi.

Sehingga 2015, terdapat seramai 41,536 ahli berdaftar dengan IEM yang terdiri daripada jurutera professional, jurutera serta graduan dan pelajar dalam jurusan kejuruteraan.

Turut hadir Presiden IEM Datuk Ir. Lim Chow Hock, dan Pengarah Program, S. Saravana Kumar.

 

Tinggalkan komen anda