Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

30 Kanak-kanak sertai Progran Khatan Di Hutan Lipur Jeram Tengkek

By 12 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Norhayati Shamsul Anuar (Kualas Pilah)

KUALA PILAH, 12 Mac (Malaysiaaktif) — Penyertaan seramai 30 kanak- kanak lelaki seawal umur tujuh tahun pastinya kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila menyertai  program berkhatan berama-ramai di Hutan Lipur Jeram Tengkek, Juasseh Kuala Pilah hari ini.

Program mengambil sempena cuti sekolah penggal pertama 2016 ini membabitkan tiga buah sekolah, iaitu SK Tengkek, SK Padang Lebar dan SK Tapak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tengkek Ismail Arif, selain tujuan hakiki, iaitu untuk menyempurnakan berkhatan sebagai antara rentetan perjalanan ke arah kedewasaan, program ini juga bertujuan mengeratkan silatulrahim di antara pemimpin dan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau berkata program tersebut akan diteruskan untuk tahun akan datang.

Sementara itu Kol Rozali Ahmad dari Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT)  Kem Sirajuddin, Gemas berkata program ini baik kerana memberi peluang kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan pihak awam selari dengan peranan sosial ATM.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh, Mohd Razi Kail.

 

Tinggalkan komen anda