Skip to main content
Berita UtaraPerlis

Benarkah Suhu di Chuping Mencecah 50°C?

By 22 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Muhammad Rizal bin Redzuan

MATA AYER, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Perlis semalam menerima aduan yang mengatakan suhu di Chuping telah mencecah 50°Celcius.

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Perlis, Muhammad Khalil Ab Aziz,  terdapat kekeliruan dalam kalangan masyarakat apabila suhu yang disukat oleh mereka sendiri menggunakan jangka suhu biasa atau hanya aplikasi telefon bimbit yang mencatatkan suhu yang berbeza dengan yang diumumkan jabatan tersebut.

 

Pengarah Jabatan Meteorologi Perlis, Encik Muhammad Khalil Ab Aziz

Pengarah Jabatan Meteorologi Perlis, Muhammad Khalil Ab Aziz.

 

Ini berikutan aduan yang mengatakan jabatan tersebut menyembunyikan fakta tentang suhu sebenar di negara ini. Suhu yang disukat sendiri oleh mereka mencapai 50°C sedangkan suhu yang diumumkan Jabatan Meteorologi Malaysia hanyalah 38°C.

Sebenarnya, suhu yang dicatatkan oleh Jabatan Meteorologi Perlis di Chuping hari ini ialah 37.0°C. Suhu ini diukur menggunakan peralatan canggih dan dibuat dengan kaedah yang tepat.

 

perlis en rizal 3

Wartawan Malaysiaaktif sedang menunjukkan tempat dan peralatan suhu diukur oleh Jabatan Meteorologi

Tambahnya, keadaan ini berlaku kerana kaedah penyukatan suhu yang tidak betul apabila alat penyukat diletakkan di tengah panas terik.

Kaedah sebenar menyukat suhu adalah dengan menggunakan jangka suhu atau termometer yang perlu diletakkan dalam andang Stevenson pada ketinggian tertentu untuk menghalang unsur-unsur persekitaran mempengaruhinya, seperti haba sinaran matahari dan tiupan angin.

Katanya lagi, kaedah ini sama seperti mengukur bacaan angin menggunakan anemometer yang perlu diletakkan 10 meter lebih tinggi dari permukaan tanah.

 

Tinggalkan komen anda