Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bundle: Semua Ada, Termasuk Pakaian Tentera Negara Asing

By 6 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan/foto oleh Ab.Rashid Mohd Yusoff, M.Sukri Ismail & Suhaimi Nik Wil (Machang)

 MACHANG, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Pakaian terpakai dari luar negara atau lebih popular dengan panggilan ‘bundle’ yang bermaksud ‘longgokan besar’ terus menjadi trending dan diminati oleh anak muda Kelantan sejak tahun 80an hingga kini.

Pada era 80an seluar jeans dan jaket jeans serta kulit menjadi kegilaan remaja berikutan ledakan musik rock dan heavy metal yang melanda negara. Untuk meniru gaya artis-artis antarabangsa dan tempatan, anak muda di sini menjadikan bundle sebagai ‘butik pilihan’ yang memenuhi citarasa mereka dengan harga yang lebih murah dan mampu di bayar. Tambahan pula pakaian terpakai ini adalah versi original dari negara pengeluar seperti Amerika Syarikat, England serta Jepun.

 

20160306001543

 

Untuk memiliki sehelai seluar jeans Levi’s pada era itu, pengguna terpaksa membayar sekurang-kurangnya dengan harga RM50, namun di bundle jenama yang sama dijual dengan harga RM10 hingga RM15 sahaja.

Lantaran harga pakaian berjenama yang mahal dan permintaan terhadap pakaian terpakai yang tinggi di sini, peniagaan bundle menjadi satu trend yang popular di Kelantan. Hampir di setiap ceruk bandar dan kampung terdapat perniagaan bundle hingga ke pasar malam dan pasar minggu.

Di Kampung Kemuning, Machang terdapat satu kedai bundle yang hanya mempamir dan menjual pakaian dan peralatan ketenteraan dari hampir seluruh negara di dunia. Anda tidak perlu menyertai Pasukan Pengaman PBB untuk menggayakan baret dan uniformnya, semuanya ada lengkap di sini sehinggalah peralatan memasak dan aksesori lain.

 

20160306001542

 

Menurut pemilik kedai bundle ini, Zamri Jusoh, 28, kedai beliau telah beroperasi di Kampung Kemuning sejak 10 tahun yang lalu dan telah mendapat sambutan yangg amat menggalakkan dari peminat kelengkapan ketenteraan yg datang dari seluruh pelusuk Kelantan serta luar terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kedai bundle Kampung Kemuning ini merupakan satu-satunya kedai bundle di Kelantan yang menjual kelengkapan tentera dari pelbagai negara.

Harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kedai lain yg menjual barangan yang sama yang wujud di Lembah Klang. Faktor inilah yang telah menarik perhatian orang ramai, khususnya dari luar Kelantan ke kedai bundle Kampung Kemuning di Machang.

Beliau juga menyatakan walaupun perniagaan bundle menghadapi saingan dengan product baharu dari Thailand dan China namun, peminat barangan jenama original tetap menjadikan bundle pilihan utama. Sebelum mengakhiri perbualan beliau melafazkan tema kempen perniagaannya yang menjadi faktor tarikan kepada anak muda iaitu “Tanpa Bundle Hidup Merana”.

 

Tinggalkan komen anda