Skip to main content
Berita TempatanSabah

Golongan Belia digalak Rebut Peluang Keusahawanan

By 2 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Eviannie Kin Mei Hoon & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

KOTA KINABALU, 2 Mac (Malaysiaktif) –? Golongan belia digalak merebut peluang yang disediakan kerajaan bagi memulakan bidang keusahawanan dan tidak hanya berharap kepada pekerjaan dalam sektor awam semata-mata?.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata antara program ?keusahawanan yang ditawarkan ialah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang berperanan mengubah perspektif belia menj?adi ?golongan pemilik perniagaan yang mampan.

?”Golongan belia kini tidak perlu hanya menunggu dan berharap kepada peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan sahaja. Sebaliknya, mereka perlu bijak mengembangkan potensi diri dalam bidang masing-masing.

“Salah satu peluang yang kerajaan sediakan ialah Program TUBE iaitu program yang ?berupaya ?melonjakkan pendapatan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan membantu mewujudkan usahawan berjaya?.

?”Tanggapan makan gaji dan bergantung kepada kerajaan ?juga perlu dikikis dengan membuka ruang minda mereka kepada realiti dunia ?dan berpandangan jauh,” katanya semasa berucap merasmikan Program Jati Diri dan Gemilang Siswa 2016 di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, pagi tadi.

Katanya, program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah itu amat baik untuk memberi pendedahan serta dapat menambahkan pengetahuan kepada para peserta mengenai dasar-dasar kerajaan, isu-isu semasa dan cabaran globalisasi yang dikhuatiri menghakis jati diri belia.
 

Tinggalkan komen anda