Skip to main content
Berita UtaraKedahRencana & PendapatViral

Angkara El Nino: Ikan “hilang” dalam cuaca panas

By 18 Mac 2016Mac 20th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan (Alor Setar)

ALOR SETAR, 17 Mac (Malaysiaaktif)  – Pertembungan penghujung monsoon timur laut dengan fenomena El Nino turut memberikan kesan kepada nelayan pantai di Kedah. Mereka merungut kerana ikan didapati berkurangan di kawasan tepi pantai, selain muara sungai yang semakin cetek.

 

1851c962-d1ad-4640-bd72-a6b80cd71d71

Abdullah Yahya: sejak cuaca panas melanda, hasil tangkapan semakin berkurangan hingga 70 peratus.

 

Menurut seorang nelayan, Abdullah Yahya, 57, dari kampong Kuala Dulang Kechil Yan, sejak cuaca panas melanda utara tanah air, hasil tangkapan semakin berkurangan sehingga 70 peratus. Selain itu, nelayan juga tidak dapat berada lama di laut kerana terlalu panas. Jika sebelum ini nelayan pantai turun ke laut awal pagi dan pulang awal petang, kini mereka terpaksa pulang sekitar pukul 10.00 pagi.

Beliau yang sudah lebih 30 tahun menjadi nelayan pantai berkata, pada waktu malam juga hasil tangkapan sangat berkurangan. Selain itu, ada nelayan yang terpaksa menanggung kerugian apabila muara sungai menjadi semakin kering. Bot-bot yang tersadai dan tidak dapat digunakan untuk ke laut mengalami pelbagai kerosakan yang memerlukan kos sehingga RM1,200 untuk dibaiki.

Kos penyelenggaraan yang menjadi sebahagian rentetan kesan cuaca panas membebankan lagi nelayan di sini hingga memaksa sesetengah dalam kalangan mereka menjual bot dan sampan yang dimiliki.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda