Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Johan Menunggu Kekalkan Kejuaraan

By 4 Mac 2016Mac 6th, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Suriani Ghazali (Ipoh)

ULU KINTA, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Peserta bahagian Qari dan bahagian Qariah berjaya mengekalkan kejuaraan masing-masing dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak 2016.

Johan Qari dimenangi oleh Shamsul bin Abu Hassan Al-Shaari dari daerah Kerian  manakala Johan Qariah berjaya disandang oleh Puteri Kalimatul Azwa binti Hamid dari Daerah Larut, Matang dan Selama.

AjkpxcLHaJJremYXbW5X_x9MneMy4GLSOkAJRo3LODjL

Pemenang membawa pulang wang tunai RM7,500.00, plak, sijil, hadiah iringan berserta pakej menunaikan haji bernilai RM10,000.00.

Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah pagi tadi telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah.

 

Tinggalkan komen anda