Oleh Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Caj parkir bagi sejam pertama RM2.50 dikurangkan kepada RM2.00, manakala caj untuk jam seterusnya hanya RM1.00.
Pelaksanaan kadar baharu ini bertujuan menjadikan parkir bertingkat automatik di sini lebih murah dan mesra pelanggan.
Rotary parking atau parkir automatik ini dirasmikan oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 21 Februari 2011 dan mempunyai sebanyak 232 petak parkir.
Kaedah parkir yang beroperasi di Jalan Batas Baru berharga RM9.8 juta ini mula dibina pada 9 Mei 2010 dan siap sepenuhnya pada Disember tahun yang sama bagi menangani masalah tempat letak kereta, khususnya di bandar raya Kuala Terengganu.