Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Solat Hajat Istisqa’ Mohon Hujan Di Kedah

By 30 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fazian Ahmad, Fatin Nabila Muktar & Hj Bukhori Ismail (Alor Setar)

ALOR SETAR, 30 Mac (Malaysiaaktif) — Berikutan kemarau berpanjangan dan cuaca panas di rantau ini, terutama di Kedah, kerajaan negeri hari ini menganjurkan solat hajat Istisqa’ sebagai ikhtiar memohon kepada Allah supaya hujan.

Solat yang bermula pada pukul 8.30 pagi tadi berlangsung di Dataran Masjid Zahir dan dipimpin oleh Imam Besar Masjid, Datuk Sheikh Roslan Abdul Halim, sementara khutbah pula disampaikan oleh Mufti kerajaan negeri, Datuk Paduka Sheikh Baderudin Haji Ahmad.

 

20160329215350 (2)

 

Solat ini disertai oleh lebih 600 orang, termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Fenomena El Nino yang berlaku sekarang ini menyebabkan suhu di Kedah melampaui paras 36 º Celcius hingga menyebabkan sawah padi dan kawasan kebun kering kontang.

 

Tinggalkan komen anda