Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Lebih Sebulan Kering, Hujan Rahmat Di George Town

By 29 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Md. Zabata Ibrahim (George Town)

GEORGE TOWN, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Setelah lebih sebulan dilanda cuaca panas dan kering, akhirnya bandar George Town dibasahi hujan selama lebih sejam pada malam tadi.

Hujan yang bermula sekitar pukul 11.00 malam berlarutan hingga 1.00 pagi, diselangi dengan dentuman guruh dan kilat.

 

9863b4a3-4b22-4dde-b289-b0a4fa937669

 

Penghuni Flat Seri Sungai Pinang, Azmi Harun, 32, menganggap hujan itu sebagai rahmat walaupun tidak lebat.

Azmi berharap agar cuaca panas melampau yang melanda negara ini akibat fenomena El Nino berakhir segera.

Sebelum ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat penurunan suhu di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti mengalami gelombang haba.

Hujan yang berlaku di beberapa tempat berkemungkinan menjadi tanda bahawa impak gelombang haba semakin berkurangan tetapi masih pada paras berjaga-jaga.

 

– Zabata/AH/ AAS

Tinggalkan komen anda