Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiSelangor

Program Seminar dan Dialog Isu-Isu Industri Padi IADA Bantu Petani

By 29 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Sharman a/l Subramaniam (Kuala Selangor)

TANJUNG KARANG, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut telah menganjurkan Program Seminar dan Dialog Isu-Isu Industri Padi hari ini bertempat di Dewan Dato Hormat, Tanjung Karang.

Program telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor merangkap ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Hj Noh Hj Omar.

Beliau dalam ucapannya menyatakan program seupama ini perlu diadakan bagi menjawab persoalan-persoalan berkenaan pertanian, khususnya padi.

“Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan produksi padi dan membantu meningkatkan pendapatan golongan petani” kata beliau.


20160328235451

Beliau juga menegaskan bahawa nasib golongan petani khususnya di Parlimen Tanjung Karang akan terus terbela.

Tambah beliau, kerajaan persekutuan tidak jemu membantu golongan petani. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah dengan meningkatkan jumlah subsidi atau insentif sebanyak RM50 dalam semakan Bajet 2016.

Beliau juga mengkritik kerajaan negeri Selangor dalam usaha pembinaan Projek Langat 2. “Menteri Besar Selangor mengumumkan krisis air akan berlaku di Selangor kerana cuaca panas” kata beliau.

Beliau berkata Projek Langat 2 tidak sepatutnya dihentikan kerana ianya usaha kerajaan persekutuan bagi membantu dalam krisis air di Selangor. Kini, kerajaan negeri terpaksa membelanjakan peruntukkan sebanyak RM800 juta untuk membina dua loji air sementara Projek Langat 2 siap dibina.

Beliau juga berharap supaya jumlah produksi padi dapat ditingkatkan dengan bantuan baja dan racun oleh kerajaan. Pemutuan padi juga perlu dibuat mengikut Akta Padi dan Beras.

Turut diadakan sesi dialog yang telah dipengerusikan Datuk Seri Haji Noh Hj Omar, bersama Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kawalselia Padi Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Wan Abdul Hadi Wan Mohd Shafie dan Pegarah Bahagian Padi, Jabatan Pertanian, Haji Muhammad Zin Mohd Supaat serta Ketua Wilayah Selangor Bernas Sekichan, Haji Mior Abdul Rahman Mior Adlan.

Tinggalkan komen anda