Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Pelajar OKU Wakil Malaysia Ke Abilympics Antarabangsa

By 2 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Noriah Athan (Gombak)

SELAYANG, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Dua orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dari Kolej Komuniti Selayang telah mencipta sejarah mewakili Malaysia ke Pertandingan Kemahiran International Abilympics 2016 di Bordeux, Perancis pada 23 hingga 27 Mac ini.

Menurut Pensyarah Kolej Komuniti Selayang, Nor Asfarul Lail Azwan Haris mereka adalah Muhamad Saifuddin Rosli, 20 dan Yap Yee Heng, 22  telah berjaya melayakkan diri untuk bertanding di peringkat antarabangsa itu dalam bidang masakan, selepas berjaya dalam pertandingan Abilympic peringkat Kebangsaan.

‘Pertandingan ini merupakan satu pertandingan kemahiran vokasional peringkat antarabangsa yang dikhususkan untuk golongan OKU yang dianjurkan bagi mengubah persepsi masyarakat mengenai potensi dan kebolehan golongan tersebut”, ujar beliau.

Tambah beliau, menerusi penganjuran pertandingan ini juga, diharapkan masyarakat akan mula yakin dengan kebolehan OKU dan seterusnya memberi peluang pekerjaan serta kemahiran dikalangan mereka akan meningkat.

Menurut beliau lagi, di Malaysia, Majlis Pemulihan Malaysia (MCR) adalah ahli kepada Persekutuan Abilympic Antarabangsa yang bertindak sebagai penganjur serta koordinator kepada pertandingan kemahiran OKU. MCR juga akan memilih calon yang sesuai untuk mewakili Malaysia ke Pertandingan Abilympic Antarabangsa.

“Muhamad Saifuddin dan Yap Yee Heng merupakan pelajar cacat pendengaran akan menyediakan tiga jenis masakan dalam pertandingan itu nanti”, tambah beliau.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda