Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kenderaan ATV Tarikan Terbaharu Di Balik Pulau

By 2 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Azimee Abdullah & Sherul Nizam Zakaria(Balik Pulau)

BALIK PULAU, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Berseronok sambil bersukan kian menjadi ikutan belia masa kini melalui aktiviti-aktiviti riadah dan sukan lasak seperti All Terrain Vehicle (ATV).

Penang ATV Eco Tour merupakan tarikan terbaru di Balik Pulau, Pulau Pinang. Baru beroperasi selama tiga bulan, sukan lasak ini berjaya menarik ramai pengungjung tempatan dan luar negara.

ATV adalah sama seperti kenderaan pacuan empat roda lain yang menggunakan transmisi manual atau automatik untuk memudahkan penunggang mengendalikannya.

 

bd6a323e-5f3a-43bf-a800-c34537d29efa

 

Menurut pemilik Penang ATV Eco Tour, Mohammad Zaki Sultan Mydin, 29, sebanyak 7 buah ATV disediakan dan penunggang bebas memilih ATV yang bersesuaian dengan kehendak mereka.

Perjalanan bermula dari Kampung Perlis dan penunggang ATV akan dibawa oleh dua orang ‘marshall’ menyusuri kawasan sawah padi, kebun buah-buahan, kolam ikan air tawar, kolam udang, paya bakau hingga ke Pantai Malindo selama satu jam.

Penang ATV Eco Tour yang mula beroperasi semenjak 1 Disember 2015 ini menerima tempahan yang sangat menggalakkan, terutamanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari, penunggang ATV dikenakan bayaran serendah RM80 seorang selama satu jam manakala RM40 bagi seorang penumpang.

Sementara itu, selain daripada menyediakan sewaan ATV, Zaki juga menjadi agen membekal dan menjual  ATV serta alat ganti ATV.

 

Tinggalkan komen anda