Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pelancaran Modul Kelab 1Malaysia Peringkat Kebangsaan

By 23 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan / Foto Anuar Che Amat (Kangar)

BESERI, 23 Mac (Malaysiaaktif) — Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia , Datuk Ibrahim Abdul Rahman hari ini merasmikan Majlis Pelancaran Modul Kelab 1Malaysia Peringkat Kebangsaan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman,Beseri di sini.

Dalam ucapannya beliau berkata Pelancaran Modul Baru ini bertepatan pada masanya  memandangkan pengaruh budaya global dan modenisasi sedikit  sebanyak telah menghakis semangat golongan belia yang sayangkan tanah air.

Generasi muda masa ini kini dilihat mudah terpengaruh dengan budaya barat dan adakalanya  mereka lupa tentang asal usul kewujudan negara tersendiri.

group 1

Sehubungan itu beliau berharap modul ini memberi manfaat kepada 803 Kelab 1Malaysia yang di tubuhkan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara dengan penyertaan lebih 24,000 orang pelajar setakat ini.

Ibrahim memuji kerjasama di antara Jabatan Penerangan dan Jabatan Pendidikan dalam usaha memantapkan pemangkin inisiatif ini sebagai  pengerak tranformasi pelajar yang mempunyai semangat patriotisme dan cintakan negara.

Bersempena majlis ini turut diadakan penyerahan watikah penubuhan Kelab 1 Malaysia oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Malaysia, Zuraidah Zainudin, kepada Azran Muhamad yang mewakili Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Keseniaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk rekod,Kelab 1 Malaysia merupakan penjenamaan semula Kelab Setia yang telah di tubuhkan pada 26 Disember 1995 oleh bekas Menteri Penerangan Allahyarham Tan Sri Mohammed Rahmat di Seremban, Negeri Sembilan.

 

Tinggalkan komen anda