Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Ketua Kampung Berperanan Bantu Mengkoperasikan Masyarakat

By 23 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Norhayati Shamsu Anuar (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 400 orang ketua kampung daerah Kuala Pilah hadir dalam program Mengkoperasikan Masyarakat yang berlangsung di sini semalam.

Menurut Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan, Zakaria Mohd Jusoh, berkoperasi penting kerana ia memberi peluang dan ruang kepada masyarakat untuk meningkatkan pendapatan dan menceburi bidang perniagaan

Beliau berkata kewujudan Koperasi Rakyat 1Malaysia Negeri Sembilan merupakan antara langkah untuk mengkoperasikan masyarakat dan menggabungkan koperasi yang kurang aktif dan yang mempunyai keahlian yang kecil.

Zakaria berharap dengan adanya koperasi ini pengurusan akan lebih sistematik dan dana akan meningkat untuk usaha membantu masyarakat.

Sehubungan itu juga, Haji Maradzi Ismail selaku Pengerusi Ketua Kampung Daerah Kuala Pilah akan mengadakan taklimat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di sini untuk menguar-uarkan kepentingan berkoperasi dan meningkatkan jumlah ahli serta memanfaatkan Koperasi Rakyat 1 Negeri Sembilan yang hanya terdapat di negeri ini.

Bagi memudahkan penyertaan ahli, beliau berkata borang akan diedarkan semasa taklimat diberikan di setiap DUN.

Program dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek.

 

Tinggalkan komen anda