Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Persembahan Pentarama Tarik 300 Penonton Di Kangar

By 23 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan / Foto : Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Kangar)

KANGAR, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Persembahan Pentarama dari Jabatan Penerangan Malaysia berjaya menarik minat lebih 300 penonton di Perkarangan Pasar Besar Kangar malam tadi.

Persembahan berbentuk nyanyian dan drama yang dipersembahkan oleh artis Pentarama memberi pelbagai info dan maklumat isu semasa untuk dijadikan panduan masyarakat kini.

Persembahan Pentarama pada malam ini mendapat kerjasama dari Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Seri Sena yang berada di hadapan Pasar Besar Kangar.

Pengerusi Jawatankuasa KRT Pangsapuri Seri Sena, Jasni Abd. Hamid berkata, kaedah ini sememangnya memberi kelainan kepada masyarakat yang inginkan maklumat terkini dan isu semasa yang berlaku di dalam negara.

Selain dari persembahan nyanyian dan drama, turut diadakan kuiz kenegaraan untuk pengunjung yang hadir manakala hadiah berupa hamper disumbangkan oleh Ahli Parlimen Kangar, Ir. Shaharuddin Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sena merangkap Exco Kerajaan Negeri Perlis, Abdul Jamil Saad.

 

Tinggalkan komen anda