Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Penyampaian BRIM Kepada Golongan OKU Bayan Lepas

By 7 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Azimee Abdullah (Bayan Lepas)

BAYAN LEPAS, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Menjalani kehidupan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) bukanlah sesuatu yang mudah. Mohamad Suhaimi Hussain, 30 semalam menarik nafas lega dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Katanya, bantuan yang diterima dapat digunakan sebaiknya serta sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban terutama kepada golongan OKU seperti beliau.

Majlis Penyampaian baucar BR1M 2016 peringkat pertama telah diadakan di Sekolah Menengah Teluk Kumbar II, Pulau Pinang pada Ahad.

Seramai 789 penerima BR1M dari kawasan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bayan Lepas yang tidak  mempunyai  akaun  bank hadir untuk mendapatkan  baucar tersebut.

Penerima yang hadir adalah terdiri daripada 120 orang penerima e-kasih, 350 orang penerima dari kumpulan isi rumah berpendapatan kurang RM3000, 219 orang penerima dari kumpulan isi rumah berpendapatan RM3000 ke atas, 70 orang penerima dari kumpulan individu berpendapatan RM2000 ke bawah dan 30 orang dari kumpulan  bujang atau ibu tunggal.

Majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya itu turut dihadiri oleh ADUN Bayan Lepas, Haji Nordin Ahmad.

Tinggalkan komen anda