Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Peserta Gombak Juara Pidato

By 28 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Siti Rasidah, Jaitripta Kaur dan Muhamad Zairin (Shah Alam)

SHAH ALAM, 28 Mac (Malaysiaaktif) — Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah ibarat peserta dari Universiti Islam Antarabangsa, daerah Gombak apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2016.

Dengan tajuk “Kemerdekaan Membina Ketamadunan Bangsa”, Muhammad Shahrulnizam Md Rani, 22 memenangi hadiah wang tunai sejumlah RM1500. Menurutnya, beliau tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini kerana para peserta yang bertanding merupakan pesaing yang amat berbakat dan hebat.

Sementara itu, tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM 1000, dimenangi oleh peserta dari Daerah Hulu Langat iaitu Zurita Yeh, yang pernah memenangi tempat yang sama tahun lepas.

Manakala satu-satunya peserta berbangsa Cina, iaitu Wong Chung Wei, 21 tahun mewakili daerah Hulu Selangor memenangi wang tunai sebanyak RM500. Beliau amat teruja dan berbangga kerana berjaya meraih tempat ketiga walaupun persediaan yang dibuat amat singkat. Kelancarannya dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan merupakan satu keistimewaan yang ada padanya sehingga dapat memikat hati juri.

Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Negeri Selangor oleh Jabatan Penerangan Malaysia Selangor dengan kerjasama Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang merupakan satu medium dan kaedah penyampaian serta penyebaran maklumat dasar-dasar kerajaan terutama isu-isu semasa kepada masyarakat. Pertandingan ini yang terbuka kepada semua golongan masyarakat sebagai jambatan penghubung pembudayaan Bahasa Kebangsaan untuk semua kaum.

Pertandingan ini yang memartabatkan Bahasa Kebangsaan secara tidak langsung dapat meningkatkan rasa kecintaan kepada negara serta mengekalkan semangat perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia bersesuaian dengan tema pertandingan iaitu “Sehati Sejiwa”.

Pertandingan ini dirasmikan oleh Norbaya Jamaludin, Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia Selangor serta dihadiri oleh Haji Omar bin Saleh Pengetua Cemerlang, Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Tinggalkan komen anda