Skip to main content
Berita TempatanNegeri SembilanViral

Pesara Kakitangan Awam Negeri Sembilan Dirai

By 28 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Faizal Abdul Hamid SEREMBAN, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar raikan persaraan 123 orang pesara kakitangan awam di Negeri Sembilan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri Sembilan di sini, hari ini. Kesemua mereka ini dikraikan di dalam satu Majlis Penghargaan Pesara oleh Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Mohamad berkata, pengorbanan yang diberikan oleh pesara-pesara berkenaan dalam membantu menguruskan pentadbiran negeri serta mencurah bakti tanpa berbelah bahagi amat dihargai oleh semua pihak.

“Saya merasa bertuah kerana sepanjang menjadi Menteri Besar bermula pada tahun 2004, saya dapat bekerja bersama-sama dengan sebuah pasukan kakitangan awam yang dapat membentuk satu pasukan yang sama-sama berganding bahu bagi memastikan Negeri Sembilan menjadi sebuah negeri yang terus ke hadapan,” katanya.

Beliau juga berkata, mereka ini mempunyai pengalaman yang luas dan jasa serta khidmat bakti mereka tidak harus berakhir apabila mereka bersara dan perlu terus berbakti kepada masyarakat setempat.

Bersama pesara
“Kita lihat terdapat jurang perbezaan diantara masyarakat bandar dan kampung dan saya berharap agar pesara-pesara ini terus menyumbang bakti di kampung halaman mereka bagi membantu orang kampung memberi khidmat yang diperlukan”, tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Mohamad berharap agar persara dapat menjaga kesihatan mereka supaya kekal sihat.

Pesara kerajaan yang diraikan ini terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan dari semua sector seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Pertanian, , Penolong Jurutera, Penghulu, Pembantu Tadbir, Pemandu dan Pencari Fail.

Hadir sama Dato’ Haji Mat Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Tinggalkan komen anda