Oleh Edawati Sulaiman @ Hod (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Program “Celik Al-Quran” (KKAQ) yang dikelolakan oleh Persatuan Alumni Pusat Pembelajaran Usahawan Bumiputera Maju Malaysia (PPIUB) merupakan usahasama antara Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).
Program tersebut yang bakal bermula pada April ini diadakan secara dalaman di Masjid Muadz Bin Jabal khusus untuk golongan kurang berkemampuan yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Sg.Bonus, Air Panas dan Seri Semarak.
Pengarah Pusat Pengajian Berterusan Universiti Malaya Prof. Datuk Dr. Mansur Mad Isa pula berkata, ‘Membaca al-Quran bukan sekadar untuk tahu hukum tajwidnya, namun perlu membaca mengikut tertib dan mengalunkan dengan suara yang sedap didengar dan dihayati akan maksudnya.’
Program ini membuka peluang ini kepada masyarakat umum di Setiawangsa yang berminat dengan kadar bayaran berpatutan. Peserta yang lengkap melalui tiga fasa dalam pembelajaran al-Quran, iaitu selama 18 bulan layak mendapat sijil dan boleh menjadi pembimbing kepada yang lain.
Majlis disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Othman Mustapha, di Dewan Utama Masjid Muadz bin Jabal.
Turut diadakan Majlis Bertukar M.O.A antara PPIUB dan UMCCed yang disaksikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk’ Ahmad Fauzi Zahari.