Oleh M. Zakry Chan (Melaka)
MELAKA, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Pelancaran #RespectMyPM berlangsung pagi tadi sempena Program Sepakat Komuniti 1Malaysia (K1M)Peringkat Daerah Melaka Tengah.
Program disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.
Pengerusi Permuafakatan Komuniti 1Malaysia (K1M) Daerah Melaka Tengah, Razali Yassin, 59, berkata Pelancaran #RespectMyPM ini akan bergerak ke semua 17 K1M dibawah Daerah Melaka Tengah.
Tambahnya, pelancaran #RespectMyPM ini bertujuan mengumpul tandatangan rakyat Melaka sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Para jawatankuasa K1M juga akan membuat kain rentang #RespectMyPM di setiap program anjuran K1M.
“Saya sudah tentu menyokong apa sahaja program K1M terutama dalam menghadapi isu-isu pertikaian yang mahu Perdana Menteri meletak jawatan dan ini melanggar sistem demokrasi yang telah lama kita amalkan,” ujar Pegawai Penerangan Daerah, Haji Mohd Noor Hj Samion.
Katanya lagi, sebarang pengalihan kuasa haruslah melalui saluran yang sah di sisi undang-undang dan pelancaran #RespectMyPM ini tepat pada masanya.