
PETALING JAYA, 3 Mac — Desas-desus bahawa Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal akan keluar Umno nyata meleset apabila kedua-duanya memilih untuk kekal bersama parti itu.
Keputusan itu diumumkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno turut mengumumkan pendirian sama dalam sidang media, Khamis.
Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata, beliau masih lagi Umno walaupun bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian berbeza.