
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Malaysiaaktif) — Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatannya pada 26 Februari lalu hari ini berkata beliau akan kekal berada dalam UMNO.
Bagaimana pun, beliau berkata kekal dalam UMNO tidak bererti beliau akan berdiam diri.
Muhyiddin berkata, beliau tidak takut dengan amaran Setiausaha-Agung UMNO Datuk Seri Adnan Mansor bahawa beliau akan disingkir dari parti itu jika terus bersuara.
Sebagai ahli UMNO, beliau akan terus bersuara – malahan bersuara lebih lantang.
Muhyiddin berkata demikian dalam satu sidang media di Bukit Damansara tadi.
Turut hadir, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal yang juga telah disingkir sebagai menteri Kabinet bersama Muhyiddin dan kemudian disusuli bekas menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.