Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

SRIIDU Jempol Memerlukan Bantuan Orang Ramai

By 7 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh  Md Ali Hanafiah Hassan / Siti Noorezrin Mahmod / Hamidah Md Drus (Jempol)

JEMPOL,  7 Mac (Malaysiaaktif) – Pengurusan Akademi Darul Ulum mensasarkan lebih ramai lagi pelajar lepasan tahfiz dapat dilahirkan melalui Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum (SRIIDU) yang diyakini mampu meneroka pelbagai bidang dan menjadi pemimpin di masa depan.

Pengerusinya, Mohd Khairi Zainudin kelmarin berkata, setakat ini sekolah itu mempunyai empat cawangan, iaitu di Seremban, Nilai, Kuala Pilah dan Jempol berasaskan modul pendidikan agama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Setakat ini semua sekolah telah beroperasi sepenuhnya walaupun ada yang masih tidak mempunyai bangunan sendiri yang lebih selesa.

SRIIDU cawangan Jempol yang telah beroperasi sejak tahun lepas kini mempunyai seramai 45 orang pelajar dalam Tahun 1 dan 2. Walau bagaimanapun, sekolah ini hanya mempunyai dua buah kelas, sementara  pelbagai infrastrukturnya serba kekurangan. Justeru itu, Pelancaran Dana Waqaf Kompleks Tahfiz Darul Ulum Cawangan Jempol Fasa 2 dilancarkan pada hari ini.

Mohd Kahiri berkata,“pembinaan kompleks yang baharu di sini menelan perbelanjaan RM2.3 juta dan masa yang diperuntukkan untuk mengumpul dana adalah selama 10 bulan. Kami berharap kompleks ini akan dibina pada 2017.”

Terdahulu, SRIIDU cawangan Jempol menerima sumbangan daripada Pejabat Penerangan Daerah Jempol yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Siti Noorezrin Mahmod, melalui program Al-Mukminin yang diadakan bersama bagi membantu menyuburkan institusi tahfiz di daerah ini.

Orang ramai yang berminat untuk menyumbang berbuat demikian melalui akaun 8602227899 (CIMB) atas nama SRII TAHFIZ DARUL ULUM JEMPOL.

 

Tinggalkan komen anda