Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Program Daftar Anak Malaysia dan Karnival Kemahiran

By 7 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hamidah Md Drus & Ramasamy A/L Amas (Jempol)

JEMPOL,  6 Mac (Malaysiaaktif) – Lebih 500 orang menghadiri Program Daftar Anak Malaysia dan Karnival Kemahiran yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Jempol dengan kerjasama MIC Bahagian Jempol dan badan-badan bukan kerajaan daerah Jempol hari ini Di Dewan Majlis Daerah Jempol, Bahau.

Program ini diadakan bagi memberi kesedaran tentang pentingnya dokumentasi pengenalan diri kepada masyarakat, terutama dalam kalangan masyarakat India. Di samping itu ia juga memberi ruang kepada pelajar lepasan SPM/STPM yang tidak mendapat keputusan cemerlang mengikuti pendidikan vokasional yang ditawarkan oleh institut kemahiran tajaan kerajaan atau swasta melalui kaunter pameran yang dibuka sempena karnival ini.

Antara agensi yang terlibat, Kolej TAFE, Kolej BAYU, Kolej Komuniti Jempol, Suruhan Jaya Pilihanraya (Daftar Pemilih ), Jobs Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK ), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Pendaftaran Negara, Politeknik Port Dickson, ADTEC, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara dan Jabatan Penerangan.

Program ini dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Jeram Padang Datuk L. Manickam.

 

Tinggalkan komen anda