Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Taman Rekreasi  Jeram Pasu Terbiar

By 24 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / Foto: Ruslan Abdul Rahman / Azmi Abd Rahman (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 24 MC (Malaysiaaktif) – Jeram pasu merupakan salah satu destinasi menarik di Pasir Puteh. Apabila terpandang atau membaca perkataan ‘Kg Jeram Pasu’ mungkin kotak pemikiran kita akan menggambarkan sesuatu situasi atau lokasinya. Bagi masyarakat di Kelantan mereka pasti terbayang keindahan semula jadi ciptaan yang maha esa.

Pada dasarnya ramai yang mengenali Jeram Pasu di Pasir Puteh, Kelantan sebagai tempat beriadah bersama keluarga. Lokasinya agak terpencil dengan demografi berbukit dan hutan rimba.

20160323231819 (1)

Di sebaliknya Jeram Pasu menyimpan satu khazanah alam yang tersendiri iaitu air terjun yang dijadikan tempat mandi manda dan berkelah. Air terjun ini amat cantik dan menarik. Namun begitu pada hari ini kawasan rekreasi ini terbiar tanpa pembelaan.

Hutan rekreasi ini pernah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti oleh pihak Majlis Daerah Pasir Puteh yang bertujuan menjadikan Jeram Pasu sebagai lokasi pelancongan yang menarik.

20160323231824

Fatimah binti Hassan 52, menyatakan segala fasiliti yang disediakan di Jeram Pasu telah reput dan rosak kerana tidak ada yang menjaganya.

Menurut Fatimah, beliau yang merupakan peniaga dan penduduk tempatan di sini melahirkan kerisauan tentang sampah terbiar yang boleh menyebabkan wabak penyakit serta mencacatkan keindahan Jeram ini sendiri. Sikap tidak  bertanggungjawab pengunjung yang membuang sampah ke aliran sungai dan air terjun menyebabkan berlaku pencemaran. Keadaan semakin parah kerana tiada pihak yang ingin menguruskan sampah sarap tersebut.

20160323231824 (1)

Beliau menzahirkan harapan agar pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mengambil inisiatif menjaga kawasan rekreasi Jeram Pasu dengan memastikan keindahan dan kebersihannya.

Sebelum ini Jeram Pasu menjadi sumber rezeki penduduk tempatan berniaga kepada pelancong dan pengunjung pada hujung minggu dan hari cuti.

Penduduk sekitar berharap agar MDPP mengambil inisiatif membaik pulih, memulihara dan menjaga kawasan ini dengan meningkatkan taraf kemudahan serta fasiliti bagi menarik pengunjung, yang secara tidak langsung akan membantu menjana ekonomi masyarakat tempatan.

 

Tinggalkan komen anda