Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Wayang Pacak Layar Bestari Tarik 400 Penonton Di Kg Pantai

By 23 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)

SEREMBAN, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Hampir 400 orang penduduk Kampung Pantai di sini keluar untuk menonton wayang pacak filem ‘Keranda Tok Wan Terbang’ yang ditayangkan pada skrin besar di Padang Awam Taman Rumah Awam Pantai di sini Ahad lepas.

Sambutan yang dianggap menggalakan ini membuktikan wayang pacak masih laku walaupun dalam era teknologi digital sekarang.

Pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Pantai, Saari Arshad berharap program ini diperbanyakkan di kawasan luar bandar. Beliau menganggap kehadiran penonton dari mula tayangan hingga habis pada pukul 11.00 malam sesuatu yang positif.

Program di bawah inisiatif Layar Bestari Jabatan Penerangan ini merupakan penarik untuk mengetengahkan dan menyampaikan maklumat tentang dasar kerajaan melalui rerayap yang dipaparkan pada skrin di samping menghiburkan.

Turut hadir, Penghulu Mukim Lenggeng dan Pantai, Haji Mat Tarmizi Selamat dan Pegawai Penerangan Daerah Seremban Faizal Abdul Hamid.

 

Tinggalkan komen anda