
Oleh Norhayati Shamsu Anuar (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Persidangan Majlis Perundingan Belia yang berlangsung di sini hari ini tidak menyangkal dakwaan bahawa pengaruh media merupakan salah satu cabaran bagi golongan muda yang diasak pelbagai tekanan nilai dan gaya hidup.
Sehubungan itu, Pengerusi Belia Daerah Kuala Pilah, Shafri Mohamed berkata bermula dari sekarang Majlis Belia Daerah memutuskan akan mengambil pendekatan menggunakan media secara positif untuk membentuk jati diri golongan remaja.
Menurut beliau, majlis bersama gabungan jabatan dan agensi kerajaan akan mengadakan program menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mewujudkan pelbagai aktiviti dari segi politik, ekonomi dan sosial dalam usaha mengurangkan ketaksuban terhadap media siber.
Persidangan yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kuala Pilah ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kuala Pilah, Haji Ali Luqman.