Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Anugerah Kualiti Iktiraf Pendidik Di Negeri Sembilan

By 23 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M. Shaharudin Suratman / Norhayati Shamsu Anuar (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Golongan pendidik dan pelajar cemerlang di Kuala Pilah diberikan penghargaan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah semalam sempena Majlis Anugerah Kualiti Terbilang Daerah Kuala Pilah 2015.

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Zainal Abidin Ahmad berkata, majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan yang tinggi kepada pihak yang mengharumkan nama daerah dan negeri ini.

Beliau berkata sumbangan mereka antara pemangkin ke arah menjadikan Negeri Sembilan sebagai Lembah Ilmu yang membentuk pelajar cemerlang dalam kokorikulum dan akademik.

Sejumlah 77 anugerah disampaikan kepada sekolah-sekolah dan pelajar yang mencapai kecemerlangan sepanjang 2015 oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Haji Ismail Lasim merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Semaling.

Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah turut menyampaikan sijil dan plak penghargaan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang banyak membantu menjayakan program-program anjuran pejabat tersebut.

 

Tinggalkan komen anda