Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

100 Tahun Kecemerlangan TMS Diraikan Dengan Penuh Kemeriahan

By 17 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh  : M. Shaharudin Suratman

Kuala Pilah, 16 April (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Mercu Tanda 100 Tahun Tuanku Muhammad School (TMS) disambut dengan penuh kemeriahan hari ini. Mercu tanda yang dibina sempena 100 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Muhammad bermula 1914 hingga 2014 telah disempurnakan pelancarannya oleh DYMM. Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

IMG-20160417-WA0003

 

Pengetua SMK. Tuanku Muhammad, En. Azizan Aziz berkata dengan adanya mercu tanda dan majlis sebegini secara tidak lansung ia turut menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar di sekolah itu untuk lebih berusaha dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.

IMG-20160417-WA0002

 

Majlis ini dianjurkan oleh Yayasan Alumni TMS yang dipimpin oleh YB. Dato’ Seri Hasan Malek selaku Presiden Alumni TMS dan turut dibantu oleh Jabatan Pendidikan N. Sembilan serta Persatuan PIBG SMK. Tuanku Muhammad.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda