Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Penghuni Kondominium Gempar Bom Ditemui

By 17 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
 
Oleh Noor Sazarina bt Mohd Noor (Petaling Jaya)

PETALING JAYA, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Penduduk Kondominium  Damansara Perdana pagi tadi digemparkan dengan ancaman bom.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, setelah pasukan Khas Bukit Aman dimaklumkan, mereka telah membuat serbuan ke atas sebuah unit dalam kondominium tersebut pada kira-kira pukul 4.30 pagi.

Pemeriksaan mendapati lima unit bom buatan sendiri, (IED) ditemui bersama kotak hitam yang dipercayai mengandungi dadah jenis syabu dan sejumlah pil ectasy di unit kondo tingkat 17 berkenaan.

Menurut polis, dua suspek dipercayai warga tempatan berjaya meloloskan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran polis di unit berkenaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, polis telah mengarahkan hampir 200 penduduk supaya mengosongkan bangunan kondominium tersebut.

Menurut salah seorang penduduk yang ditemui Lim Pei Shin, pihak polis mengarahkan semua penghuni untuk keluar dari kediaman masing-masing sekitar pukul 7 pagi, sementara Skuad Bom dari Ibu Pejabat Polis  Bukit Aman bergegas ke lokasi untuk mengalihkan kesemua bom tersebut ke sebuah kawasan kuari berhampiran Pangsapuri Flora Damansara untuk dimusnahkan kira-kira pukul 12 tengahari.

IMG-20160417-WA0026

Semua penghuni dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing di kondominium tersebut pada pukul 12.30 tengahari.

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda