Skip to main content
Berita TempatanPutrajayaWilayah Persekutuan

Kadar Kes Jenayah di Putrajaya Masih Rendah

By 17 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Saharuddin Othman

PUTRAJAYA,17 Apr (Malaysiaaktif) — Kadar jenayah di Putrajaya masih terkawal dan rendah berbanding kawasan lain.

Demikian menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hasan sempena Program Info Komuniti 1Malaysia Presint 16 yang berlangsung di sini semalam.

“Walaupun ada laporan kes jenayah, namun masih terdapat hari di mana tiada langsung laporan jenayah dilaporkan kepada pihak polis. Ini membuktikan Putrajaya masih merupakan bandar yang selamat dan tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak,” tegas beliau.

Sementara itu, dalam taklimat yang sama, Pegawai Pejabat Kesihatan Putrajaya, Azlinda Hamid turut mengingatkan orang ramai tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan pemakanan.

Menurut beliau, April sebagai ‘Bulan Pemakanan Kebangsaan’ antara lain menekankan isu-isu berkaitan penyakit tidak berjangkit, seperti obesiti, demam denggi dan peningkatan kes kekurangan vitamin D dalam darah kerana kurang terdedah kepada cahaya matahari.

Dalam program itu, pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengadakan demonstrasi masakan sihat dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Pejabat Kesihatan Putrajaya bersama ahli Panel Klinik turut mengadakan pemeriksaan kesihatan, pameran denggi serta edaran bahan maklumat kepada pengunjung.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Putrajaya, Datuk Haji Nordin Hasan.

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda