Oleh Nornisah Khairoji & Anwar Aizuddin Abdul Wahab (Kuala Lumpur)
MELAKA, 9 Apr (MalaysiaAktif) – Peserta Pewaris Muda 2016 bersama The Hunter Cycling Club (THCC), Kampung Bukit Durian hari ini telah mengadakan kayuhan amal dalam usaha mendekatkan diri dengan golongan warga emas dan uzur di Kampung Bukit Durian, Ayer Molek.
Kayuhan seramai 50 orang ini telah disertai oleh pemimpin masyarakat setempat.
Majlis pelepasan konvoi amal tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hezir Bin Abu Bakar, Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil.
Pewaris Muda 2016 anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Gerakan Belia 4B, Kampung Bukit Durian ini telah memberi sumbangan “touch point” berupa barang keperluan harian kepada Hajah Rohana binti Haji Liyas 66, Haji Mad Amin bin Dollah 70, dan Ahmad bin Yahya 68.
Peserta program Pewaris Muda 2016 seramai 35 orang ini adalah terdiri daripada Majlis Belia Wilayah Persekutuan.
-DK