Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

RUU MKN: Kawasan Keselamatan Lebih Terjamin

By 9 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Izzuddin Barahim & Azrul Hasan / Foto oleh: Shamshul Bahari Abd. Shukor (George Town)

GEORGE TOWN, 9 April (Malaysiaaktif) – Pemakaian Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 hanya tertakluk kepada kawasan keselamatan yang telah dipersetujui Parlimen.

Setiausaha MKN, Datuk Seri Alias Ahmad menegaskan bahawa RUU MKN 2015 ini tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa atau undang-undang sedia ada di negara ini, termasuk Institusi Raja.

RUU MKN 2015 yang mempunyai 44 fasal dan tujuh bahagian ini adalah berbeza dengan pengisytiharan darurat dalam perkara 149 Perlembagaan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Pulau Pinang di sini, petang tadi.

RUU MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara ini, telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 dan diluluskan oleh Dewan Negara pada 22 Disember  2015.

Sementara itu, Alias turut memaklumkan bahawa terdapat peningkatan indeks jenayah dan penyalahgunaan dadah dengan masing-masing 7.7 peratus dan 19 peratus di Pulau Pinang untuk tempoh Januari hingga Mac 2016, berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Mesyuarat di Pulau Pinang ini merupakan yang pertama semenjak beliau dilantik sebagai Setiausaha MKN pada tiga minggu lalu.

– AH

Tinggalkan komen anda