Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahangViral

[VIDEO] Siput Etok Selamatkan Penduduk di Sungai Pahang

By 9 April 2016April 11th, 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Β Muhammad Rizal Redzuan (Temerloh)

TEMERLOH, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Cuaca panas melampau tanpa hujanΒ  kesan daripada El Nino yang berpanjangan menyebabkan sebahagian besar petani dan nelayan di sini hilang mata pencarian. Ini berikutan susu getah menjadi kering, sayuran tidak dapat hidup, ikan ternakan mati serta air sungai yang panas dan terlalu cetek menyukarkan kerja-kerja menangkap ikan.

 

Keadaan pokok getah di Tebing Sungai Pahang

Keadaan pokok getah di Tebing Sungai Pahang

 

 

Menurut Nurul Hanis Adila Abdul Latif, 20, dari Kampong Durian Tikus di sini, atas janji Tuhan Yang Maha Kaya yang memberikan kekayaan dan kecukupan, siput etok naik dengan banyaknya ke permukaan Sungai Pahang sejak musim kemarau ini. Saiznya juga lebih besar daripada biasa. Walaupun kerajaan melarang orang ramai menangkap spesis siput ini, hakikatnya menurut beliau, ia adalah antara penyambung rezeki penduduk.

 

Nurul Hanis Adila Abdul Latif

Nurul Hanis Adila Abdul Latif

 

Nurul Hanis Adila Abdul Latif menunjukkan siput etak yang berjaya ditangkapnya

Nurul Hanis Adila Abdul Latif menunjukkan siput etak hasil ditangkapnya.

 

Nuriza Burhan, 49 berkata, oleh kerana penoreh getah, peniaga pasar sehari, penanam sayur tidak dapat menjalankan aktiviti mereka seperti biasa kesan dari El Nino yang sangat panjang, inilah satu-satunya aktiviti yang dapat mereka lakukan bagi meneruskan pencarian rezeki. Beliau dan suaminya Ahmad Hashim, 47, sebenarnya adalah pengusaha ternakan ikan dalam sangkar, tetapi oleh kerana sangkar ikan mereka kini berada di atas beting pasir akibat Sungai Pahang yang menjadi semakin cetek, mereka terpaksa menumpu kepada usaha mencari etak.

 

 

Antara Penduduk Yang Mencari Siput Etak

Antara Penduduk Yang Mencari Siput Etak

 

Seorang lagi pencari siput etok, Norlaili Mohd Yasin, 47, berkata, kerajaan melarang penduduk mencari dan mengambil siput etok ini kerana ia menjadi makanan kepada ikan patin. Tetapi, atas desakan hidup, mereka turun juga mencari siput ini bagi menampung keperluan harian. Kata beliau lagi, pencari siput ini mampu mendapat sehingga 10 kilogram sehari yang dijual dengan harga RM6.00 bagi setiap kilogram.

 

20160406_111509

Norlaili Mohd Yasin

 

20160406_111117

Siput Etok yang siap dimasak

 

Tinjauan Malaysiaaktif di Kampung Tebing Tinggi, Lebak mendapati jumlah siput ini memang sangat banyak dan bersaiz besar. Temubual dengan penduduk juga mendapati kebanyakan mereka sememangnya hilang punca pendapatan lain dari Sungai Pahang. Walau bagaimanapun, seorang penduduk, Mohd Sabri Aziz menasihatkan agar berhati-hati berjalan di atas betingan pasir di Sungai Pahang kerana ada kawasan yang bersifat “pasir jerlus”. Ini kerana ada beting pasir yang di bawahnya masih berair dan lembut. Ada juga beting pasir di tepi lubuk yang berbahaya jika terjatuh ke dalamnya. Menurut beliau, kejadian seperti ini biasa berlaku dan ia berakhir dengan tragedi.

 

Walaupun air sangat cetek, penduduk di nasihatkan supaya berhati-hati dan tidak leka dengan keselamatan

Walaupun air sangat cetek, penduduk di nasihatkan supaya berhati-hati dan tidak leka dengan keselamatan

 

Pemandangan Sungai Pahang dari Kampung Tebing Tinggi Lebak

Pemandangan Sungai Pahang dari Kampung Tebing Tinggi Lebak

 

Untuk kisah selanjutnya, teruskan membaca Malaysiaaktif dalam edisi khas Sungai Pahang.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda