Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Amalan Qiamulail Kaedah Terbaik Didik Anak

By 25 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Malini Md Yunos

Port Dickson, 25 Apr (Malaysiaaktif) – Mengasuh kanak-kanak melakukan Qiamulail pada usia awal merupakan cara terbaik untuk mendidik dan menjadikan mereka insan cemerlang demi keseimbangan amalan antara dunia dan akhirat.

Qiamullail yang bermaksud beribadah malam, iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat adalah amalan mulia untuk mendapat syafaat, selain mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

 

index3

 

Sehubungan itu, Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Telok Kemang dengan kerjasama Masjid Warisan hari ini menganjurkan program Qiam@Warisan sebagai persiapan rohani kanak-kanak yang bakal mengahadapi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Seramai 108 pelajar lelaki  dari dua buah sekolah di Telok Kemang mengambil bahagian dalam program ini yang dikendalikan oleh Ustaz Shamsul Bahari Mahmud Al Hafiz.  Semua pelajar diwajibkan untuk tidur di masjid supaya boleh melaksanakan ibadah dan solat serta melibatkan diri dalam pengisian aktiviti santapan rohani dan aktiviti Qiamulail pada pukul 2.00 pagi.

Menurut Pengerusi K1M Telok Kemang, Azam bin Zakaria, program seumpama ini sangat baik kerana memberi pengalaman mereka tidur di masjid selain  mendidik anak seawal usia 11 hingga 12 agar menjadi insan kuat dan sabar.

Beliau juga berhasrat untuk mengadakan program Qiam 2.0 dalam masa dua bulan sebelum para pelajar  ini memasuki peperiksaan untuk memberikan semangat dan sokongan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda