Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di Negeri Sembilan

By 25 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faizal Abdul Hamid (Seremban)

SEREMBAN, 25 Apr (Malaysiaaktif — Kerajaan Negeri Sembilan mengambil inisiatif Ā menggalakan orang ramai membaca dengan mengadakan program ā€˜Jom Baca Bersama 10 Minitā€™ dan Kem Membaca 1Malaysia bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi hari ini.

Pelancaran program disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Datuk Abd. Razak Ab Said.

Program yang berjalan serentak di 14 negeri ini diadakan Bersempena Hari Buku Sedunia. Ia merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Tujuannya untuk mendorong rakyat membaca, bermula dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

 

Bersama menjayakan program baca bersama 10 minit

 

Seramai 500 orang yang hadir terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar Seremban, kakitangan awam dan orang awam.

Program bermula pada pukul 11.00 pagi dengan orang ramai membaca apa sahaja bahan yang dibawa sendiri oleh mereka selama 10 minit. Dalam masa yang sama, semua individu, pejabat dan komuniti turut menjayakan program ini dengan cara berhenti sebentar daripada melakukan apa jua pekerjaan atau aktivit untuk membaca.

Abd Razak berkata program membaca ini akan diteruskan dan beliau menyeru agar orang ramai Ā membaca tanpa didorong.

Katanya, ‘Jom Baca Bersama 10 Minit” boleh dilakukan di mana-mana dengan membaca apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari.

Hadir menjayakan program ini termasuk Pengerusi Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh Datuk Mohammad Razi Kail, ADUN Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Rusni Ab Jalil

 

-AAS

Tinggalkan komen anda