Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanEkonomiHome

BN Terus Disokong dan Diyakini-Abang Zohari

By 30 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Warman Wagiman / Foto: Khirul Nizam Zanil

KUCHING, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mendapat sokongan dan diyakini mampu mentadbir negeri ini dengan lebih cemerlang.

“Lihat sahaja dalam tempoh dua tahun Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem telah mentadbir negeri dengan baik dan membawa pembaharuan khusus untuk Sarawak.

Demikian kata Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg pada Majlis Bersama Rakyat dan Perasmian Gelanggang Serbaguna Komuniti Japalas, Jalan Hasyim Muda Satok semalam.

“Perdana Menteri telah bersetuju untuk berunding dan membincangkan beberapa perkara berkenaan yang pastinya akan membawa kelebihan kepada masyarakat negeri ini.

“Kita akan mencari kesepakatan berkaitan beberapa perkara antaranya pertindihan kuasa dan undang-undang khususnya berkaitan sungai serta royalti minyak.

“Kerajaan sentiasa mencari pendekatan baharu terutama dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat”, jelasnya lagi.

Beliau menasihati golongan muda untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menggunakan teknologi sebaik-baiknya untuk memastikan perpaduan dan keamanan terus terpelihara.

“Semua kawasan yang berpotensi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat akan diberi perhatian dan disusun semula.

“Kita akan terus mempertahankan hak-hak Bumiputera dengan cadangan penubuhan Badan Amanah untuk mengumpul dana.

“Sebaik habis pilihan raya, kami akan terus memikirkan pendekatan terbaik untuk membantu rakyat. Sebagai permulaan, kerajaan telah mengurangkan cukai pintu, menghapuskan tol, mengurangkan tarif elektrik dan menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi kerajaan tempatan,” tambah Zohari lagi.

 

– SF/AAS

Tinggalkan komen anda