
Oleh Ninie Gumbang / Foto: Vicky Matajang
BAāKELALAN, 30 Apr (Malaysiaaktif) ā RELA berada di tangga teratas dalam pasukan kesukarelawan dan merupakan barisan kedua dalam anggota Keselamatan Negara selepas polis dan tentera.
āAnggota RELA hendaklah sentiasa bersedia dan siap siaga mempertahankan keharmonian dan kedamaian Sarawak,ā kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama RELA di Dewan Serbaguna Buduk Nur, Baākelalan, Lawas pagi tadi.
Tambahnya, anggota RELA di Sarawak amat beruntung kerana menerima bantuan dari kerajaan negeri sebanyak RM8 juta manakalaĀ RM8 juta lagi dari kerajaan pusat yang menjadikan jumlah keseluruhan RM16 juta.
Zahid turut menyatakan bahawa setakat ini kerajaan Negeri Sarawak merupakan negeri yang menyumbang bantuan terbesar di Malaysia.
āKita harus bersyukur kerana Kerajaan Negeri Sarawak sangatĀ prihatin terhadap kebajikan RELA di negeri ini dan kita harus berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem atas sumbangan ini,ā tambahnya.
Pada majlis yang sama, Zahid turut menyeru kepada penduduk Baākelalan agar sentasa memberi sokongan yang padu kepada kepimpinan Adenan.
Menurut Zahid, beliau dan Perdana Menteri sentiasa akan berdiri teguh di belakang Adenan untuk meneruskan pembangunan luar bandar di Sarawak khususnya di Baākelalan.
Turut hadir Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II merangkap Menteri Kemudahan dan Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dan Timbalan Menteri Dalam Negeri I Dato Nur Jazlan Mohamed.