Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

‘Car Boot Sale’ Di  Pekan Bandar Baharu Acara Mingguan

By 11 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Anita Omar / Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 11 Apr (Malaysiaaktif) — Jualan berkonsepkan ‘Car Boot Sale’ yang diadakan di Dataran Bandar Baharu di sini Sabtu lepas melibatkan lebih 60 buah kenderaan.

Menurut Pengerusi Persatuan Penjaja Bandar Baharu, Haslinda Mat Ali, acara tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk orang ramai, khususnya generasi muda berkecimpung dalam aktiviti perniagaan kerana kadar sewa tapak niaga yang murah membantu mereka mengurangkan beban dari segi kos.

 

1f7776cf-a7ae-454e-a8c1-a3520b8125f7

8e2f2913-93d6-420f-b1be-ed2e43b6e89b

 

Beliau berkata aktiviti sebegini mendapat sambutan bukan sahaja dari penduduk sekitar pekan Bandar Baharu, malahan ia juga menarik pembeli dari Parit Buntar dan Nibong Tebal yang terletak berhampiran.

Seorang peserta, Noraini Awang berkata jualan tersebut satu usaha yang baik kerana membantu menjana pendapatan tambahan kepada penduduk, selain menawarkan barang-barang pada harga murah.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bandar Baharu, Datuk Nor Sabrina Mohd Noor semasa merasmikan jualan tersebut, Car Boot Sales yang diadakan pada setiap Sabtu ini dimulakan sejak Ogos tahun lepas.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda