Skip to main content
Berita TempatanSabah

Waspada Ajaran dan Fahaman Meragukan – Shaibul

By 11 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Khairul Azad Yunus & Azman Jumat & Saiful Rahman Sabri  (Sabah)

 KOTA KINABALU, 11 Apr (Malaysiaktif) –? Umat Islam terus disaran agar lebih berwaspada dengan sebarang ajaran atau fahaman yang meragukan.

Menurut Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Shaibul Fadilah Hamdani Omar, umat Islam perlu merujuk kepada alim ulama atau pihak berkuasa sekiranya mendapati  sebarang fahaman yang meragukan, terutama berkaitan fahaman Syiah.

“Umat Islam perlu berhati-hati kerana pengikut fahaman Syiah mengamalkan konsep Taqiyah atau menyembunyikan ciri-ciri fahaman mereka kepada masyarakat umum,” katanya semasa memberikan ceramah Ajaran dan Fahaman Syiah Suatu Cabaran Terhadap Umat Islam di Wisma Dang Bandang anjuran Biro Agama, Kelab Anggota Penerangan Sabah pada Sabtu lepas.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan ajaran atau fahaman Syiah sepenuhnya kerana ternyata fahaman itu bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah.

“Syiah nyata bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar dari segi ajaran atau amalan menyesatkan seperti taksub kepada imam 12, mencela sahabat Rasulullah SAW, nikah mutaah dan sebagainya sehingga sanggup menjanjikan syurga kepada pengikutnya walaupun tanpa beramal soleh.

“Umat Islam perlu melengkapi diri dengan solat lima waktu bagi menghindarkan diri daripada segala kemungkaran termasuklah terpengaruh dengan sebarang ajaran sesat,” jelasnya lagi.

Beliau mengingatkan umat Islam agar tidak memberikan ruang kepada fahaman itu  terus berkembang kerana terbukti mereka mampu menguasai negara-negara yang asalnya dikuasai golongan Ahli Sunni.

 

Tinggalkan komen anda