Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Dasar Belia Perlu Jelas – Noh Omar

By 10 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh Mohamad Zairin (Shah Alam)

SHAH ALAM, 10 Apr (Malaysiaaktif) – “Dasar belia kena jelas dan perlu ada objektif serta tujuan yang telus”, kata Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor.

Beliau berucap di Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Selangor 2016 pagi tadi yang bertempat di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam.

“10 tahun lalu saya sendiri berada di dalam Majlis Perundingan Belia Selangor ini. Sistem perjuangan belia dahulu dan sekarang sudah berbeza tetapi ada kesinambungan”, ujar beliau.

Mengulas mengenai isu pekerjaan, menurut beliau, pada masa dahulu, pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta mudah diperoleh disebabkan kurangnya permohonan dan pekerja asing serta kilang baru dibuka.

Beliau turut menegaskan jumlah pusat perjudian meningkat daripada 1 ribu kepada 5 ribu di bawah pemerintahan pembangkang.

“Kita bukan sekadar bercakap tapi perlu diikuti dengan tindakan”, pesan beliau.

Beliau juga berharap untuk meneruskan gerakan Majlis Belia Selangor (MBS) di bawah kepimpinan dan pengurusan baharu, supaya MBS terus maju di masa hadapan.

Datuk Seri Noh juga mengumumkan pemberian bantuan peruntukan untuk program pada kadar siling RM20 ribu kepada Majlis Belia Daerah di Selangor dan melibatkan peruntukan sebanyak RM180 ribu yang melibatkan 9 daerah.

“Pemimpin kena proaktif dan perlu ada ketahanan fizikal dan mental untuk sama-sama membangunkan negara”, ujar beliau mengakhiri ucapan.

– DK

Tinggalkan komen anda