Skip to main content
Berita TempatanSabah

Ops Dadu – 20 Tablet Dirampas

By 9 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Zuraidah Ahmad & IPD KK (Sabah)

KOTA KINABALU, 9 Apr (Malaysiaktif) –? 20 tablet, seunit komputer riba dan broadband antara yang dirampas dalam Ops Dadu (Cyber Online Haram) di Inanam Central, Khamis lepas.

Menurut Ketua Polis Bandaraya, ACP M. Chandra, dalam operasi itu empat individu berumur dalam lingkungan 21 hingga 42 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) BSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dan Balai Polis Inanam pergi ke premis berkenaan pada 9.20 malam.

“Apabila tiba di lokasi, polis mendapati 20 buah tab dan seunit komputer riba serta broadband sedang berfungsi disyaki digunakan sebagai perjudian dalam talian haram.

“Polis turut menahan seorang penjaga serta tiga pelanggan premis untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Turut dirampas, wang tunai berjumlah RM1060 dipercayai hasil daripada kegiatan haram terbabit.

Tambahnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953

SF

 

Tinggalkan komen anda