Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Demokrasi: Rakyat Tentukan Parti Pemerintah – Salleh

By 25 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Diyana Zamri (Putrajaya)

KUCHING, 25 Apr (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak meluahkan rasa lega dengan kelancaran proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 yang berlangsung serentak di 82 DUN seluruh Sarawak hari ini.

“Alhamdulillah proses penamaan calon di pilihan raya umum negeri Sarawak telah berjalan dengan lancar dan ini membuktikan bahawa sistem demokrasi di Malaysia ini amat subur sekali. Kita di Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi di mana setiap sekali dalam satu penggal pilihan raya umum akan diadakan dan rakyat diberi peluang untuk menentukan parti mana yang harus dipilih sebagai parti pemerintah,” ujar Salleh ketika sidang media di Pusat Media, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching.

Menurutnya, terdapat tiga ciri utama yang harus diketahui dalam sistem demokrasi.

“Pertama, ialah mana-mana individu yang layak bertanding boleh bertanding. Kita lihat dalam pilihan raya umum di Sarawak ini yang termuda 25 tahun, yang tertua 73 tahun. Umur bukanlah menjadi fakta (faktor). Jika kita layak bertanding, kita boleh bertanding.

“Kedua, cirinya ialah selepas kita telah mengadakan penamaan calon maka kita bebas untuk berkempen mengikut undang-undang negara dan juga aturan yang telah disediakan oleh suruhanjaya pilihan raya di mana kita layak untuk berkempen menerangkan dasar kita kenapa kita bertanding mengadakan ceramah dan mempengaruhi masyarakat. Ini adalah bebas boleh kita lakukan.

“Ciri ketiga yang terpenting ialah apabila sampai masa untuk kita membuat pemilihan iaitu pada 7 Mei, rakyat bebas, iaitu rakyat yang berdaftar sebagai pemilih, bebas menentukan wakil rakyat mereka. Inilah ertinya bahawa dalam sistem demokrasi, di mana yang telah dipilih oleh Malaysia, akhirnya rakyat itu yang berkuasa. Rakyat menentukan parti mana yang seharusnya menjadi parti pemerintah,” ujar Salleh.

PRN Sarawak Ke-11 menyaksikan seramai 230 calon menghantar nama ke 82 kawasan DUN di Sarawak namun hanya 228 orang calon yang layak bertanding.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda