Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Dikotomi Kejahatan dan Kebaikan Guna Telefon Pintar

By 24 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 23 Apr (Malaysiaaktif) — Para pelajar dinasihatkan supaya tidak terlalu terpaku kepada pelbagai tarikan yang terdapat melalui peranti dalam telefon pintar hingga merenggangkan hubungan kekeluargaan.

Selain itu, pelbagai platform dalam media sosial yang boleh diakses melalui telefon pintar boleh menjurus kepada penyebaran fitnah atau khabar angin yang membawa mudarat kepada pihak tidak bersalah.

Disebab kecondongan ke arah perkara-perkara buruk seperti ini maka semalam Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah mengadakan Ceramah Isu Semasa, khusus untuk seramai 160 pelajar, guru dan ibu bapa di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (SRA JAIM), Taman Bukit Rambai di sini.

 

20160423215922

 

Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Samion itu turut menyentuh tentang masa terluang yang sepatutnya diisikan dengan aktiviti beriadah, belajar dan masa kualiti bersama keluarga.

Namun, demikian, menurut Mohd Noor kecenderungan pelajar berkiblat kepada telefon pintar membawa kepada masa terbuang yang turut merosotkan pelajaran.

Sementara itu, Guru Besar SRA JAIM, Ustazah Nafsiah Saban berkata ceramah tersebut penting bagi mengingatkan guru, pelajar, ibu bapa serta masyarakat akan dikotomi, iaitu pembahagian di antara kebaikan dan kejahatan berpaksi kecanggihan teknologi komunikasi dengan menggunakan telefon pintar.

Antara yang hadir dalam program ini Ketua Daerah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka Tengah, Lailiana Maon yang turut menyampaikan ceramah bertajuk ‘Jauhi Dadah’.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda